PaGeS ..

Friday 17 February 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah ..

My current fav song .. meaningful lyrics ..


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



Layan ...

Bowling bersama rakan2 (MBAS)

17 Feb 2012, berkumpul ramai-ramai, beriadah bersama-sama. Kali ni pakat ramai-ramai main Bowling di Cosmic Bowl Midvalley Megamall. Ramai juga yang hadir, masing-masing dengan skill dan pe'elnya sendiri. Yang pasti semuanya 'enjoy' belaka. 
Kali ni tanpa kelibat Aan dan Vuvu namun tidak sunyi dengan keletah Wan 'Big Daddy' yang siap bergelek dibantu dengan Syed dan yg lainnya. Syed pula hari ni dalam sejarah permulaan permainan menunjukkan skillnya yg tersendiri 'mengelap' lane (jatuh la). Demi menjaga hatinya, kami buat-buat tak nampak walaopon .. AHAKSS. Iman yang paling muda pula tak main tapi memang seronok menyakat dia kerana raut wajahnya yang seringkali blur. Akan didedahkan supaya kurang sindrom blurnya itu.


Dikalangan yang hadir dengan 'aksi' tersendiri, mmg riuh!!
Sesi menyakat .. Wan 'Big Daddy' dan Wan 'Mutak'


Aksi ni perlu diberi keterangan sikit. Shima sedang mengelap lane bagi kemudahan Syed yg tiba gilirannya, ini kerana sebelum ini Syed telah cuba 'lap' lane dgn caranya yang tersendiri iaitu dengan menjatuhkan badannya dan menggeselkan pada lane. Cara berkenaan tidak praktikal nampaknya
Syed menjadi 'Bayangan Gurauan' ..

Memasing buat gaya kiutnya

Iman : Comel tak saya??

Gaya kiut la tu

Yo .. Yo .. Brotherhood Of Justice


gaya macam atlit negara .. MACAM ... 

Perbandingan bola bowling dgn Iman .. jgn maree
Penangan Akademi Fantasia ..

kunun2 mcm kat Airport la tu .. 

Mengapa Bayar Lebih?? ahakss

Masing2 dgn harapan menjadi model iklan .. ELLMY
TAYANG PEWOT!!!!
















What a wonderful EVENING!!! .. next time we'll do it again!!!


Thursday 16 February 2012

HAPPY BIRTHDAY SYED!!

Salam kembali,

Semalam tanggal 15 Februari adalah hari ulangtahun kelahiran sahabat kami iaitu Syed Fadzil atau dikenali dgn Syed (ada juga yg panggil Pak Jabit, xpe janji glamer). Maka bersama rakan2 yang lain, kami pn merancanglah acara sambutan birthday mengejut (surprise birthday party). Makanya kami berkumpul di News KTV Imbi Plaza, dimana Syed ni mmg hantu Karaoeke (macam pak Jabit, suka pegang mic).

Yang hadir Ellmy dan Saba, CC Liana, Wan (Big Guy), Hamzah, Iman, Wan dan Shima. Tugasan ambo adalah menculik Syed yg tiada ketahuan ke lokasi. Seperti yang dijangka, Syed seakan dah bau dan masuk saja bilik karaoeke terus pilih lagu. Favorite la katakan.

muke sprais

yg lain sibuk menyanyi

Birthday cakes

Cover sebak la tu .. 
Boley la katakan berjaya surprise party tersebut. Nampak gak la Syed agak terharu dengan sambutan kami. Maklumla, rasanya x semua dlm tu wish birthday kot dlm FBnya. Juadah yg disediakan (thanks to Shima), ada kek, pizza dan minuman .. Abis sambutan tu apalagi, mula la masing2 menyumbangkan suara dengan lagu favorite memasing. Termasuk la Ellmy yg mulanya malu2 nak nyanyi, belasah juga 2 lagu. Peewittt

syed dgn latahnya

Dari kiri Saba, Shima, Wan Mutak, Syed, Wan Big Daddy, Ellmy
Hamzah, Liana dan Iman


Yang paling kiri tu ambo ler ... 

Meriah sehhh

tu dia, Ellmy dan Wan beraksi

Saba dan Iman

Amik Feel ... 

Wan, Syed dan Hamzah

Wan : waarrgghhh .. Makan Budok!!

Saba, Iman dan Liana

Layanzzz

Dah abis berkaraoke, lapar plak so sambung melepak dan bersantapan di Pelita KLCC, cuma Ellmy dan Saba tidak turut serta, risau kain basah kena hujan siang katanya ..

Dengan Kad Ucapan yg Unik
Selesai ...

Hingga ke lain masa, masing-masing dah penat dan beransur pulang. Ohya lupa nak cerita, Syed sepanjang malam tu senantiasa berjaga-jaga kerana takut dibaling telur dan tepung. Ahakss




Misi Majlis Pertunangan

Salam ..

Susah bebeno ghopenye nak maintain blogging nih, IDEA melambak tapi ada je halangan. Ponat la, ngantuk la, MALAS la. Ari ni baru la dapat menghapdet blog yg x seberapa nih ..

Pada 12 Februari yg lalu, bersama-sama sahabat, Shima, Wan dan Syed memenuhi undangan pada majlis pertunangan Syaz Nyna dan Firdaus (yg merupakan Fellow Brigadiers@The Blues) di Batu 8, Gombak. Alamat tepatnya kurang pasti tapi kira org kampung Shima la.

Sesampainya kami, acara dah bermula (abih tu takkan nak tunggu kami, bukan ambo yg nk bertunang pon), kira-kira 11am ++. Di sana ada Ellmy dan isterinya Saba serta Aan. Majlis agak meriah walaupun ianya acara meminang. Nyna yang berpakaian Putih tampak ayu (puji ikhlas nih), maklumla menjejak ke alam 'sweet blood' @ darah manis. Fir juga ada, pun berpakaian putih tampak berseri, udahnya hari bahagianya.

Pasangan Bahagia, FIR dan NYNA

Diapit oleh Pn. Saba dan Cik Shima
Mengikut perancangan, mereka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung August iaitu selepas Aidil Fitri, InsyaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan mereka dan memberkati niat mereka utk mendirikan masjid dan mahligai bahagia.
Lepas tu apa lagi, sesi yang ditunggu, acara jamuan makan tengah hari. Sedap woooo .. yg menariknya, ada bermacam ulam-ulaman. Awet muda tu!!! Thanks Nyna dan Fir atas jemputan dan jamuan yg YUUMMMYYY tu !!! Pesanan ikhlas, selepas ni akan lebih hebat cubaan yg mendatang, TABAH YE NAK!!!

Di sebelah petang pula, entah camne plak bley menjadi sebahagian daripada konvoi peminangan, kali ni acara sepupu SHIMA. Yang menariknya, diwartakan lokasi majlis di Sg. Besi, namun bila dlm perjalanan lain pula arahnya. Rupenyer, acara majlis di Dewan Pusat Orang Buta di Brickfields. Nasib baik la tak memandai jalan sendiri, kalau tidak entah rumah sapa yg nak dipinang. Sekali lagi bukan ambo yg meminang eh, sepupu SHIMA.
Ahli rombongan agak ramai, dah macam rombongan kawen la plak. ada la dekat 10 keta, tak ingat dah. Majlis agak ringkas tapi set up nya agak menarik. Siap ada 'pentas'. Dah boleh buat acara akad nikah trus. Tema pakaian pra-pengantin warna hijau, agak kelainan sedikit drp rutin iaitu putih. Takpe la kot, mana ada rule pun yg mengatakan mesti putih kan. Tatkala majlis berlangsung, rasa penat melanda. Tengok Syed dah kebosanan walaupun dikalangan rombongan itu ada aweks2 cun. Jual mahal la kot. Dah pesan kat dia, mana yang berkenan, bley habaq kat SHIMA nun. Ambo ni x bley dah, dah ada reservation. AHAKSS. Tapi tak salah memandang dan menjeling pun kan, x luak bak kata org tua. Mata memandang tapi hati tetap yang sinun .. cheewaaahhhh

Pasangan Pra-Pengantin
Selesai majlis tu, ke acara lazim, makan buat kali yg keberapa entah. Ada Lontong, kuih muih mcm2 lagi. Melantak lagi. Dalam lepak melepak tu, segan nak tegur menegur ahli rombongan lain pasal tak berapa kenal dan yg utama, letih bangat. Kecuali la si Wan yg mana bakal menjadi ahli keluarga sana. Seronok mamat tu. Aktiviti masa tu, apa lagi snap apa yang patut ..

Khusyuk melantak Lontong
Boboi, Anakanda SHIMA
  
Syed dgn gaya Machonyer .. iye ke?
                                            Gaya Macho La .. 
Punya la posing walhal target yg kt belakang nun
                                           Target asal yg belakang nun ..

'Penyeri Majlis' .. lupa lelah sat .. ahakss
                                         
Bang .. Bang ...
Percubaan memoncongkan mulut gaya CiCi
                                            Syed buat muka comel
Nak gak le masuk ...




Pose Pintu

Wan dan Shima



























Begitulah pengakhiran perjalanan peminangan .. letih gak la .. balik apa lagi terus membute .. Apapun TAHNIAH kepada FIR dan Nyna!! Semoga berbahagia dan cekal sehingga tiba harinya .. Pasni ke GOMBAK plak utk Wan ngan Shima kot .. 

- Sekian -

Friday 10 February 2012

Sushi oh Sushi

Ni nak kongsi pengalaman yang berkaitan dengan SUSHI, juadah JEPUN tu, yg makan separa mentah tu. 

Sushi ni memang adalah salah satu hidangan Jepun yang aku minat selain Teppanyaki dan Teriyaki. Ada peluang akan menjamu selera di mana-mana restoran Jepun, tatkala keinginan itu datang. Ni nak cerita pengalaman pertama membawa rakan yg sememangnya jarang atau tak pernah merasa akan sushi.
                                                                        "Wasabi"

Di lain masa, bersama pula seorang kawan bernama Aan, yg juga cuba ingin merasa akan sushi. Jadi bawalah dia ke Sushi King di Sunway Pyramid (kalau tak silap). Yang menariknya, dia memesan air yg x sepatutnya iaitu Green Tea Three Layer (green tea ni teh hijau tanpa perasa, elok utk anti-toxin kata org). 3 Layer GT ni ada ice-cream vanilla, green tea dan satu lagi lapisan yg dah lupa apa kebendenye. Tengok saja dah tahu musti tak sedap. 

Juga, aku mempelawa dia merasa akan Wasabi, kali ni dia campur dengan kicap. Masa ni kelucuan mula melanda. Tatkala dia mencicah sushi dgn campuran wasabi dgn kuantiti yg agak banyak, aku pula diam tak bagi sebarang amaran. Beliau begitu confident menelan dan buat muka selamba. Tak lama kemudian, airmuka mula berubah, peluh mula mengalir. Dia menjerit perlahan "sial, pedas!! air! air! seraya menghirup 3 layer tersebut. Double Trouble. Dah le kepedasan, air plak tak sedap. Hampir2 saja dia muntah kat situ. Aku risau dah psl kira2 80% hampir pasti dia akan muntah, order la Yakullt sebotol bagi dia minum. Sepanjang ada kat situ sampai selesai makan, tak habis2 menyumpah seranah pasal wasabi dan 3 Layer Green Tea tu. Tu la, nak sangat menda cantik, rasakan. Sampai sekarang kalau ajak gi makan Sushi, terus tolak mentah-mentah. Tobat nak makan sushi katanya.
Seorang lagi teman aku, Hafiz atau nama glamournya VuVu. Dia mmg biasa makan sushi so aku ingat takkan ada masalah apa2 la. Pi la makan kat Sushi King Sunway Pyramid. Rupa2nya dia tak pernah cuba akan wasabi. Kiranya tatkala itu adalah kali pertama dia tahu akan kewujudan menatang tu. Aku memberi amaran pada dia akan kesan wasabi namun dgn agak angkuh dan penuh kemachoannya, dia mencedok satu sudu penuh dan mencicah sushinya ke wasabi dgn kadar yang agak banyak, seperti orang mencicah cekodok tepung dgn sos cili. Masa tu pesanan air belum sampai. Setelah dicedoknya dgn penuh confident dia kunyah sushi berkenaan. Dia kata "Mana ada pedas, tgk aku ok jer, rileks je. Apakedehal!!" .. Setelah seminit berlalu, beliau mula senyap dan terkedu. Masa tu aku dah pekup muka dengan menu sambil ketawa terbahak2 sambil berayor mate!! Ada la satu family dok sebelah kami (sorang tu awek cun, balaknya lembut) dok perati aku yg gelak tak hingat. Airmuka Vuvu mula berubah, peluh mula mengalir. Mukanya walaupun tak le cerah sangat tapi nampak mula kemerahan. Mula la aksi menggelupurnya. Mulutnya buka tutup seakan ikan Flower Horn bernafas dalam akuarium. Aku plak masa tu order hot green tea, kesian punya pasal offer la teh tu. Walaupun pahit namun ditelan jua demi menghilangkan kesan wasabi. Tu je la sekali dia merasa wasabi sehingga kami selesai makan. Aku gelak sampai balik.
Yang menariknya, walaupun kami telah meninggalkan restoran berkenaan, namun kesan dan impak wasabi berterusan. Apa taknya, dia jadi phobia dgn warna HIJAU! Bau asap atau bau cat dikatakan bau WASABI! Dia juga mendakwa kentutnya masa itu juga bau wasabi. Maka agak hebat juga kesan wasabi kat kawan aku sorang nih. Berbanding dengan Aan, Hafiz masih lagi berminat untuk menikmati sushi tapi tetap PHOBIA dgn WASABI!! Aku cerita kisahnya pada rakan-rakan yang lain, mereka turut ketawa kerana dapat membayangkan bagaimana situasinya ketika itu, kerana HAFIZ mmg lucu orangnya ...

Adoila .. tu la kengkawan aku ...