PaGeS ..

Friday 10 February 2012

Sushi oh Sushi

Ni nak kongsi pengalaman yang berkaitan dengan SUSHI, juadah JEPUN tu, yg makan separa mentah tu. 

Sushi ni memang adalah salah satu hidangan Jepun yang aku minat selain Teppanyaki dan Teriyaki. Ada peluang akan menjamu selera di mana-mana restoran Jepun, tatkala keinginan itu datang. Ni nak cerita pengalaman pertama membawa rakan yg sememangnya jarang atau tak pernah merasa akan sushi.
                                                                        "Wasabi"

Di lain masa, bersama pula seorang kawan bernama Aan, yg juga cuba ingin merasa akan sushi. Jadi bawalah dia ke Sushi King di Sunway Pyramid (kalau tak silap). Yang menariknya, dia memesan air yg x sepatutnya iaitu Green Tea Three Layer (green tea ni teh hijau tanpa perasa, elok utk anti-toxin kata org). 3 Layer GT ni ada ice-cream vanilla, green tea dan satu lagi lapisan yg dah lupa apa kebendenye. Tengok saja dah tahu musti tak sedap. 

Juga, aku mempelawa dia merasa akan Wasabi, kali ni dia campur dengan kicap. Masa ni kelucuan mula melanda. Tatkala dia mencicah sushi dgn campuran wasabi dgn kuantiti yg agak banyak, aku pula diam tak bagi sebarang amaran. Beliau begitu confident menelan dan buat muka selamba. Tak lama kemudian, airmuka mula berubah, peluh mula mengalir. Dia menjerit perlahan "sial, pedas!! air! air! seraya menghirup 3 layer tersebut. Double Trouble. Dah le kepedasan, air plak tak sedap. Hampir2 saja dia muntah kat situ. Aku risau dah psl kira2 80% hampir pasti dia akan muntah, order la Yakullt sebotol bagi dia minum. Sepanjang ada kat situ sampai selesai makan, tak habis2 menyumpah seranah pasal wasabi dan 3 Layer Green Tea tu. Tu la, nak sangat menda cantik, rasakan. Sampai sekarang kalau ajak gi makan Sushi, terus tolak mentah-mentah. Tobat nak makan sushi katanya.
Seorang lagi teman aku, Hafiz atau nama glamournya VuVu. Dia mmg biasa makan sushi so aku ingat takkan ada masalah apa2 la. Pi la makan kat Sushi King Sunway Pyramid. Rupa2nya dia tak pernah cuba akan wasabi. Kiranya tatkala itu adalah kali pertama dia tahu akan kewujudan menatang tu. Aku memberi amaran pada dia akan kesan wasabi namun dgn agak angkuh dan penuh kemachoannya, dia mencedok satu sudu penuh dan mencicah sushinya ke wasabi dgn kadar yang agak banyak, seperti orang mencicah cekodok tepung dgn sos cili. Masa tu pesanan air belum sampai. Setelah dicedoknya dgn penuh confident dia kunyah sushi berkenaan. Dia kata "Mana ada pedas, tgk aku ok jer, rileks je. Apakedehal!!" .. Setelah seminit berlalu, beliau mula senyap dan terkedu. Masa tu aku dah pekup muka dengan menu sambil ketawa terbahak2 sambil berayor mate!! Ada la satu family dok sebelah kami (sorang tu awek cun, balaknya lembut) dok perati aku yg gelak tak hingat. Airmuka Vuvu mula berubah, peluh mula mengalir. Mukanya walaupun tak le cerah sangat tapi nampak mula kemerahan. Mula la aksi menggelupurnya. Mulutnya buka tutup seakan ikan Flower Horn bernafas dalam akuarium. Aku plak masa tu order hot green tea, kesian punya pasal offer la teh tu. Walaupun pahit namun ditelan jua demi menghilangkan kesan wasabi. Tu je la sekali dia merasa wasabi sehingga kami selesai makan. Aku gelak sampai balik.
Yang menariknya, walaupun kami telah meninggalkan restoran berkenaan, namun kesan dan impak wasabi berterusan. Apa taknya, dia jadi phobia dgn warna HIJAU! Bau asap atau bau cat dikatakan bau WASABI! Dia juga mendakwa kentutnya masa itu juga bau wasabi. Maka agak hebat juga kesan wasabi kat kawan aku sorang nih. Berbanding dengan Aan, Hafiz masih lagi berminat untuk menikmati sushi tapi tetap PHOBIA dgn WASABI!! Aku cerita kisahnya pada rakan-rakan yang lain, mereka turut ketawa kerana dapat membayangkan bagaimana situasinya ketika itu, kerana HAFIZ mmg lucu orangnya ...

Adoila .. tu la kengkawan aku ... 

1 comments:

Pemburu Bayang 13 said...

Harap kengkawan ku ini jgn marah yaaa

Post a Comment