PaGeS ..

Thursday 9 February 2012

Trip @ Penang : 5th - 7th Feb 2011

Salam,

Post yg kedua, awalnya mmg  bersemangat nak blogging nih. Mencanak2 idea cuma masa takdak. Kali ni nak cerita pasal perantauan ringkas ke Pulau Mutiara.

Misi asal adalah untuk jumpa seseorang, yang mana telah ada perjanjian utk bertemu. Tapi apakan daya, si 'dia' plak MIA (Missing In Action), tanpa perkhabaran. Namun menurut sepupunya yg juga adik angkat, beliau terpaksa pulang ke Holland atas urusan keluarga, kira emergency la tu.

Namun pergi tetap pergi. Dijadikan cerita sampai la ke Penang. Naik bas kol 11am dr Puduraya, sampai Butterworth dekat kol 5pm. Punya la angin, bas tu boleh pula main calling2 nak bagi penuh, udahnya daripada express ke Butterworth, ada pula beberapa transit ke Duta, Gopeng, dan Juru yang mana kena naik bas lain ke Butterworth. Pilih ke Butterworth adalah untuk membeli tiket train utk balik ke KL nnt tapi sold out (bukan jual diluar tapi habis dijual). Selain daripada tu, lama tak naik FERI, besh woo .. 

                                         Pemandangan dr Feri
                                          
                                         Cruise Ship 


                                         Backpackers Style!!

Menginap di Apple 1 Hotel, budget hotel berhadapan dengan Queensbay. Kiranya di sana nanti tiada keboringan la kerana ianya adalah tumpuan ramai, siang mahupun malam.




Nak citer pasal hotel ni, kt post lain. Banyak nak komen psl hotel nih.

Malam 5 Feb adalah perlawanan keramat (Clash Of The Titans) antara CHELSEA FC dan Man Utd. Terima kasih pada Zel Ashraf kerana sudi menjemput di QB (walaupun sibuk jamming) dan sertai Fellow The BLUES di Pelita Samudera, Bayan Baru. Yg ni nak citer sikit, ingatkan lokasi tu dekat ngan QB, ada la ura-ura nak berjalan kaki. Bila dah travel ke sana, JAUH SEH!!!! ahaksss. Keputusan SERI 3-3. Abis game tak balik hotel lagi, jenjalan di persisiran pantai QB ngadap pulau jerejak. Ramai seh!! Dlm usha2 aweks n couple, terserempak plak 3 Mutant @ Nyah!! Time tu agak samar, tgk awek seksi lalu, bila dah selisih, dgr sorang tu bersuara terus patah napsunya .. ahakss .. Tak kose mak aihh ... 

Esoknya, ada plan untuk berjumpa beberapa rakan dan adindas, Check out 12pm, then lepak sat kat QB online. Appt jumpa sahabat, Jas, yg ada exam time tu @ 3pm, jadi amik keputusan ke Stesen Sg Nibong dulu beli tiket. Ohya, kat Penang skrg senang nak travel, naik RapidPenang je. Setelah mengkaji dan mentelaah route dan schedule, adalah mahir sikit. Dapat beli tiket (1 am on 7th) dan tinggalkan backpack di stesen, kembali ke QB utk appt selanjutnya. 

Di QB, abis segala ceruk dah explore. Basically, tiada beza dgn Mall yg lain cuma kat sini depa main Roller Blade, kalau kt Sunway, Ice Skating. Ok la tu. But then appt kensel atas sebab2 tak dapat dielakkan. No problemo, so bertukar kepada mode traveler. Amik bas menuju ke KOMTAR.

Sampai di KOMTAR, kebuloq plak so pegi la ke Nasi Kandaq Line Clear yg pemes tu. Ok la makan, RM8.90 jer. Membukit gak lak juadahnya. Dari sana dapat BBM dari Dato' (my boss fr Aussie) sarankan singgah ke tempat kelahirannya di Queens St. Berjalan la ke sana dan amik gambar (macam tourist la). Dalam perjalanan ke sana, macam-macam dapat dilihat. Rupanya utk kepuasan meneroka bandar Georgetown, disarankan berjalan kaki. Sepanjang perjalanan, lalu banyak rumah tumpangan @ traveler lodge, mmg ramai tourist, Reggae Club, Kaapchai Cafe dan mcm2 lagi.






Jalan punya jalan rupanya dah sampai Padang Kota Lama, sebelum tu lintas Masjid Kapitan Keling di mana Nasi Kandar Beratur berasa. Masa tu belum buka lagi so terus ke PKL. Rupanya ada PESTA CHAP GOH MEH. Makanya lepak la kat sana untuk mengisi masa lapang. Ada pesta makanan (ingatkan free rupanya kena bayaq, so amik bau je la), Live Concert (kebudayaan asli), Pesta Bendera, baling limau tu tak pasti pasal sesak area tu.

                                         Ni bas bawak performer, lagu Dondang Sayang 


                                         Cruise Ship (bukan Titanic ek ..)

Lepas puas jenjalan di PKL, kembali merayau jalan kaki ke arah KOMTAR utk ambil bas ke Sg. Nibong. Mmg senang public transport nih, bayangkan la kalau RapidPenang ni mogok, mmg lumpoh la Penang!! Sepanjang perjalanan ke KOMTAR, pemandangan semakin rancak, tourist pakat keluar ramai2 untuk night life. 

Sampai Sg. Nibong, dalam pukul 11pm, makanya masa masih banyak. Cari la cafe ke CC ke pasal BB masa tu dah kronik @ kehausan. Terminal Sg Nibong ni terletak di simpang 4, sudahnya pergi la merayau cari port ke arah keempat2 laluan tersebut. Dianggarkan berjalan purata 2KM setiap arah, so ada 4 arah, kira la sendiri. Salah satunya mengarah ke QB,sedar tak sedar dah dekat sangat ngan QB so patah le balik. Hampir masa, online sat then naik bas balik la ke KL. Penuh gak bas, cuma yg tak bestnyer, lom sempat mimpi dah sampai KL, 4.30am. Lepak KL Sentral hingga 7am, setup blog nih.

It was fun there despite failing to achieve the main purpose. Bak kata orang, kita mampu merancang, hanya TUHAN yg menentukan. Gagal satu misi, dapat keseronokan yg lain. Ertikata lain, PENANG, THANK YOU and I'LL BE BACK ... 

- END - 

0 comments:

Post a Comment