PaGeS ..

Thursday 9 February 2012

Di Hari PersandinganMu; Yunizar Hussein

Sebuah lagu (retro) yang sangat indah dan digemari hingga masakini, dan mempunyai kesan peribadi dlm hidupku. Bukan kerana kekecewaan gagal dlm percintaan atau apa, malah ianya berlaku ketika aku berusia bawah 5 tahun lagi. Tak tahu kenapa ianya memberi kesan ketika itu cuma hingga kina tatkala terdengar lagu ni, otomatis akan terhenti seketika, sayu hati lagi sebak juga adanya. Kisahnya begini .. 

Umurku 4 thn, aku duduk di Kg Paya Lintah, Pdg Rengas Perak (di daerah Kuala Kangso), kampung kelahiranku. Disekitar akhir 70an ler. Masa tu lagu ni sangat terkenal. Aku masa tu kecik lagi mana tahu nak menghayati lagu apalagi layan jiwang. Dijadikan cerita, suatu hari aku bermimpi, berdiri di jambatan dikampungku menghadap sungai dan surau tempat aku belajar mengaji (masa tu). Ada la pulak satu majlis berlangsung, rasanya majlis kahwin la kot. Lagu ini berkumandang seakan soundtrack dalam mimpi tersebut. Jiwa begitu terkesan lantas aku menitiskan air mata seraya memandang sayu ke arah majlis tersebut, rasa begitu sebak dan sayu seolah-olah ianya membabitkan hidupku ketika itu. Perlu diingat, masa ni aku kecik lagi, belum cecah 5 tahun pun.

Bila tersedar, sememangnya lagu itu sedang berkumandang di radio, dan MEMANG BENAR AKU MENANGIS! Bukannya tumpahan toksik, mmg nyata ayaq mate !! Daripada situ, hingga kini lagu ini sangat bermakna walaupun hingga kini, tiada kena mengena dgn hidup aku pun. 

Mungkin ini yg dikatakan MUKA GANAS, tp DALAM HATI ADA TAMAN!!

KISAH BENAR nih!!!



0 comments:

Post a Comment