PaGeS ..

Thursday 9 February 2012

Apple 1 Hotel



Nak cerita sikit tentang hotel nih. Ianya adalah budget hotel, kira hotel murah la. Hotel lain yg hampir adalah Eastin Hotel yg mmg pricey, maklumla hotel berbintang-bintang.

Lokasinya mmg strategik yang mana betul-betul mengadap Queensbay. Lebih tepat sekali mengadap Station 1 Cafe @ Starbucks. Ianya juga hampir dengan persisiran pantai QB yang mana jadi tumpuan org ramai untuk bersantai (bercintan-cintun) sambil makan-makan menikmati pemandangan mengadap Jambatan Pulau Pinang dan Pantai Jerejak.

Ianya 3 tingkat, ada wifi percuma (boleh tahan la cuma kalau tingkat 3 tu merangkak juga la nak dpt reception wifi). Bilik masa tu adalah standard room, Queens Bed. Very basic, TV (jenama entah ape ntah, bley kena short masa tukar channel manually), aircond, hotshower.

Kekurangannya, hotel ni nk ikut style TUNE Hotel yg mana kemudahan asas lain (tuala, ubat gigi, sabun, syampu dll) kena beli atau sewa. Rates masa tu adalah RM98 (dengan deposit RM50) yang mana padaku adalah AMAT TIDAK BERPATUTAN!! Ini kerana di KL sendiri, budget hotel dlm lingkungan rates tersebut di musim kemuncak lebih baik daripada ini, pendek kata lebih berbaloi dgn harganya.

Akhir kata, bagi 3 bintang drp 10. Maknanya trip akan datang, hotel ini takkan jadi pilihan utama!!

Sekian

0 comments:

Post a Comment